"Khasiat Serai Untuk Kesihatan" Serai boleh dibuat air rebusan atau teh untuk manfaat kesihatan yang lebih baik kerana ia mengandungi beta karotin yang bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah penyakit dan serangan kanser. Serai boleh mengatasi masalah pencernaan seperti cirit birit, gastrik dan kembung perut. Ia berkesan untuk membuang angin berlebihan dari badan dan mencegah sembelit. Serai juga membantu pembuangan toksin yang lebih lancar melalui pembuangan air kencing sekaligus boleh membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. Air rebusan serai boleh melegakan sakit senggugut ketika haid. Ia membantu melancarkan pembuangan darah kotor dari badan. Serai berfungsi untuk menurunkan kadar kolestrol, menyingkirkan urik asid, toksin dan lemak dalam badan untuk melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Serai boleh dijadikan air rebusan untuk mandian kerana aroma dari daun serai boleh melegakan tekanan, keletihan, lenguh-lengu...