Skip to main content

Antara tips dan petua yang di kongsi untuk Ibu Menyusu (BF Mom)

Ni yang saya amalkan, alhamdulillah dapat susukan anak sepenuhnya 3 tahun lebih tanpa campur susu formula sebab anak reject susu formula.


1. Urut badan, bidan akan urut pada bahagian belikat dan dada.

2. 3 minggu pertama lepas anak lahir, Setiap kali sebelum nak susukan anak, saya akan minum segelas susu.

3. Setiap kali Lepas selesai anak menyusu, saya akan minum air kosong 2 gelas.

4. Setiap hari, saya akan makan nasi dengan sup sayur lobak putih + sawi.

5. Pam susu jangan tunggu bengkak susu. Supaya kita tak sakit bila pam. Buat jadual untuk pam susu.

6. Malam, minta bantuan suami urutkan tulang belikat,

7. Paling penting, setiap kali nak susukan anak, mulakan dengan bismillah dan baca doa semoga allah rahmati dan berkati air susu kita untuk anak kita, dan niatkan semoga air susu sentiasa mencukupi untuk anak kita.

8. Satu lagi doa yang akan saya wajib baca

"Allahumma faqihu fiddin, wa alim hu ta'wil"

Semoga anak kita menjadi orang yang alim berilmu, menghafal ayat suci Al-quran dan beramal dengannya.

Ni doa mak cik saya ajarkan sewaktu saya kusut air susu tak banyak.

Alhamdulillah, sejak dari tu, Allah sentiasa cukupkan air susu untuk anak dan anak saya tak de pun menggigit sewaktu menyusu.

Cubalah buat ibu-ibu yang nak usaha menyusukan anak.

Ibu yang nak menyusukan anak, jadikan air kosong sebagai bff anda ya 😘

Semoga Allah permudahkan segala urusan ibu-ibu yang nak menyusukan anak lillahi taala, aamin


Kredit : Gambar Google

Instagram (For more info, click to our Instagram media)



Comments

Popular posts from this blog

Teh Serai Halia Suzyhoney Herbs

  "Khasiat Serai Untuk Kesihatan" Serai boleh dibuat air rebusan atau teh untuk manfaat kesihatan yang lebih baik kerana ia mengandungi beta karotin yang bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah penyakit dan serangan kanser. Serai boleh mengatasi masalah pencernaan seperti cirit birit, gastrik dan kembung perut. Ia berkesan untuk membuang angin berlebihan dari badan dan mencegah sembelit. Serai juga membantu pembuangan toksin yang lebih lancar melalui pembuangan air kencing sekaligus boleh membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang. Air rebusan serai boleh melegakan sakit senggugut ketika haid. Ia membantu melancarkan pembuangan darah kotor dari badan. Serai berfungsi untuk menurunkan kadar kolestrol, menyingkirkan urik asid, toksin dan lemak dalam badan untuk melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan. Serai boleh dijadikan air rebusan untuk mandian kerana aroma dari daun serai boleh melegakan tekanan, keletihan, lenguh-lengu...